Make your own free website on Tripod.com

Kej. Elektrik
Sek.Men. Teknik Langkawi 07000 Langkawi Kedah.


 

Senarai Guru:
En. Zahari  b.  Mohd. Zain

Ringkasan Kursus:

Mata pelajaran Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik adalah salah satu daripada mata pelajaran elektif dalam program KBSM di peringkat menengah atas.

Tujuan ditawarkan mata pelajaran ini adalah untuk mendedahkan pelajar yang meminati bidang ini kepada asas Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik secara umum supaya dapat memupuk dan memperkembangkan minat dan kecenderungan mereka sebelum membuat pilihan pengkhususan di peringkat lebih tinggi dalam menceburi bidang ini sebagai kerjaya.

Pelajar diperingkat sekolah menengah rendah di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, telah didedahkan kepada unsur elektrik dan Elektronik dalam Elektif Kemahiran Manipulatif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, dengan itu pelajar yang akan mengikuti pengajian di sekolah menengah atastelah mengetahui serba sedikit mengenai asas Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.Pelajaran yang akan dipelajari adalah bersesuaian dengan tahap pengajian di peringkat Tingkatan 4 dan 5 dan ada kesinambungan pembelajaran dari peringkat menengah rendah serta mempunyai hubung kait dengan mata pelajaran Matematik dan Sains.

Pembelajaran mata pelajaran ini akan dapat meningkatkan daya intelek, membantu pelajar membuat keputusan sendiri mengikut perkembangan teknologi semasa dan menyesuaikan diri untuk berfungsi secara berkesan dalam kehidupan harian dan juga sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Pembelajaran mata pelajaran ini adalah melalui pengajaran teori, kerja amali dan binaan projek.Pendedahan diberi melalui pengetahuan teori dibantu dengan kerja amali yang berkaitan elektrik dan elektronik, contohnya prinsip-prinsip dan teori,hukum-hukum,formula, terminologi,proses dan prosedur dalam kejuruteraan.

Mata Pelajaran:

  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Matematik Tambahan
  • MatematikModen
  • Fizik
  • Kimia
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah