Make your own free website on Tripod.com

Pengetua
Sek.Men. Teknik Langkawi 07000 Langkawi Kedah.


 


Tn. Hj.Suib b. Abd.Manap

Dari meja pengetua

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin dan hidayatnya dapat saya menulis sepatah dua kata dalam Laman Web Sek.Men.Teknik Langkawi.Semoga melalui laman web ini akan memberi ruang yang lebih luas kepada kita dan menjadikan kita lebih bersema- ngat untuk membangunkan sistem pendidikan yang lebih utuh dan mantap demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara yang tercinta.

Sejajar dengan usaha kerajaan khususnya Kem.Pend.Malaysia(KPM) untukmelahirkan masyarakat berwibawa dan memiliki tahapprofesionalisma yang tinggi,adalah tepat apabila SMT Langkawi turut memberi sumbangan ke arah tersebut dengan membina laman webnya sendiri.Malah bagi guru-guru juga akan memantapkan lagi kemahiran dan kecekapan berasakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sedang berkembang pesat.

Laman Web SMTL dibangunkan dengan penekanan kepada konsep mesra pengguna iaitu bertujuan  memberi informasi yang mencakupi semua perkara yang terdapat di sekolah ini.Antaranya ialah berkenaan misi dan visi,kursus,kandungan kurikulum,akademik dsb.Juga terdapat maklumat berkenaan perkembangan terkini yang berlaku serta link ke laman-laman web yang berkaitan dengan pendidikan.

Semoga dengan maklumat-maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat mengetengahkan SMT Langkawi sebagai salah sebuah sekolah yang diharapkan akan terus memacu ke arah kecemerlangan, Insya Allah.
Sekian....selamat melayari laman Web SMTLangkawi....

Biodata Pengetua
Nama: Hj.Suib b.Manap
Umur:49 tahun
Tarikh Lahir:27-6-1953
Isteri :Hjh.Roselina bt.Abd.Ghani
Anak:4 lelaki
Pendidikan: SK Kepala Batas,A.Setar(1960-65)
                       SMK Tg.Ab.Malik,A.Setar(1966-70)
                       SMK Sultan Ab.Halim,Jitra(1971-72)
                       Universiti Kebangsaan Malaysia (1973-77)
                        Sarjana Muda Sastera dgn.Kepujian(B.Melayu/Sejarah)
Pengalaman Mengajar:
                       SM Dato'Idris,Pantai Remis,Perak(1977-81)
                       SMK Pulau Nyior,Jitra(1982-90)
                       SMK Alor Biak,Ayer Hitam,Kedah(1991)
                       SMK Tg.Bendahara,Kodiang,Kedah(1992-1999)
                       SMK Batu Lima,Sik,Kedah(16.7.1999-30.3.2001)-Pengetua
                       SM Teknik Langkawi,Kedah(mulai 1.4.2001 hingga sekarang)


Misi&Visi ] [ Pengetua ] Pentadbiran ] Guru ] Staff ] Kursus ] Akademik ] Ko-Kurikulum ] Album ] Asrama ] PIBG ] Hala Tuju ] Maklum Balas ]